Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
GAYA BAHASA :
- Anafora
Estetik / keindahan : Berfungsi untuk memberikan penegasan terhadap sesuatu mesej yang
hendak di sampaikan.
Contoh / bukti : Hutang emas boleh boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Penegasan / kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa perkataan Hutang di ulang sebanyak dua
kali pada awal baris secara berurutan.
2. Asonansi
Maksud : Pengulangan bunyi huruf-huruf vokal pada baris yang sama.
Estetik : Berfungsi untuk memberikan satu bunyi yang indah .
Contoh / bukti : Hancur badan dikandung tanah,
Penegasan / kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa huruf 'n' di ulang sebanyak lima kali dalam
baris yang sama.
3. Aliterasi
Maksud : Pengulangan bunyi huruf-huruf konsonan pada baris yang sama.
Estetik / keindahan : Berfungsi untuk menimbulkan keindahan pada bunyi pantun yang
menarik .
Contoh / bukti : Pisang emas dibawa belayar,
Penegasan / kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa huruf 'a' di ulang sebanyak enam kali dalam
sebaris.
4. Sinkope
Maksud : Sinkope bermaksud singakatan perkataan yang digunakan dalam baris .
Estetik / keindahan : Berfungsi untuk memudahkan penyebutannya agar tidak disebut
terlalu panjang.
Contoh / bukti : Budi baik rasa nak junjung.
Penegasan / kesimpulan kecil : Jelas menunjukkan singkatan 'nak' digunakan dalam pantun,
yang ejaan sebenarnya ialah 'hendak'.
5. Inversi
Maksud : Inversi bermaksud pembalikan kata dalam ayat.
Estetik / keindahan : Berfungsi untuk menimbulkan satu kelainan penyebutan dan
pengucapan pada bunyinya.
Contoh / bukti : Hancur badan dikandung tanah,
Penegasan / kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa perkataan bagi hancur badan merupakan
gaya bahasa inversi iaitu pembalikan perkataan , yang
sepatutnya badan hancur .
BENTUK PANTUN : (TERIKAT)
- Jumlah baris dalam baris .
- Pantun di atas mempunyai empat baris
CTH : Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Penegasan / kesimpulan kecil : Jelasla bahawa pantun di atas mempunyai empat rangkap
pantun .
2. Jumlah patah perkataan .
-Pantun di atas mempunyai empat hingga lima patah perkataan
CTH : Pisang emas dibawa belayar, (4)
Sampan kolek mudik ke tanjung; (5)
Penegasan / kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa terdapatnya empat hingga lima patah
perkataan yang diguanakan dalam pantun tersebut.
3. Jumlah suku kata dalam sebaris
-Pantun di atas mempunyai sembilan hingga sepuluh suku kata .
CTH : Hu/tang e/mas bo/leh di/ba/yar. (9 suku kata)
Pi/sang e/mas di/ba/wa be/la/yar (10 suku kata)
Penegasan / kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa pantun di atas mempunyai sembilan hingga
10 suku kata.
4. Rima akhir
-Pantun di atas mempunyai rima akhir yang bersilang iaitu, 'abab'
CTH : Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati,
Penegasan / kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa 'riri' merupakan rima akhir yang digunakan
secara berurutan.
5. Jeda
-Pantun di atas mempunyai hentian di tengah-tengah baris secara berutan iaitu 'abab'
CTH : Tenang-tenang/ air di laut,
Sampan kolek/ mudik ke tanjung;
Hati terkenang/ mulut menyebut,
Budi baik/ rasa nak junjung.
Penegasan / kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa 'gkgk' merupakan jeda yang digunakan
dalam pantun secara bersilang.
No comments:
Post a Comment