PANTUN AGAMA
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat :
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan;
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.
GAYA BAHASA :
- PENGGULANGAN FRASA
Maksud : Penggulangan frasa pada rangkap yang lebih dari satu .
CTH : Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat :
Banyak nabi antara nabi,
Penegasan/ kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa perkataan 'banyak' di ulang sebanyak dua
kali dalam rangkap yang sama.
2. IMEJ ALAM
Maksud : Imej alam merupakan penggunaan unsur-unsur alam .
CTH : Anak ayam turun sepuluh,
Penegasan/ kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa anak ayam merupakan unsur alam iaitu
haiwan.
3. INVERSI
Maksud : Inversi bermaksud pembalikan kata yang digunakan dalam ayat.
CTH : Mati seekor tinggal sembilan;
Penegasan/ kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa perkataan mati seekor merupakan
perkataan yang di terbalikkan, yang sepatutnya seekor mati.
4. ANAFORA
Maksud : Anafora ialah penggulangan bunyi huruf vokal pada baris yang sama.
CTH : Banyak hari antara hari,
Penegasan/ kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa huruf 'a' di ulang sebanyak tujuh kali .
5. ALITERASI
Maksud : Aliterasi adalah penggulangan bunyi konsonan pada baris yang sama.
CTH : Banyak nabi antara nabi,
Penegasan/ kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa penggulangan huruf bagi 'n' di ulang sebanyak
empat kali dalam baris.
BENTUK PANTUN (TERIKAT)
- Jumlah baris dalam rangkap
CTH :
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat;
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.
Penegasan/ kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa rangkap di atas mempunyai empat rangkap.
2. Jumlah patah perkataan
CTH :
Banyak hari antara hari, (4)
Penegasan/ kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa pantun di atas mempunyai empat perkataan
dalam setiap rangkap.
3. Jumlah suku kata
CTH :
Ba/nyak ha/ri an/ta/ra ha/ri (9)
Ti/dak se/mu/lia Na/bi Mu/ham/mad (11)
Penegasan/ kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa pantun di atas mempunyai sembilan hingga
sebelas suku kata.
4. Rima Akhir
CTH :
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan;
Bangun pagi sembahyang subuh,Minta ampun kepada Tuhan.
Penegasan/ kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa pantun di atas mempunyai rima akhir yang
bersilang iaitu 'hnhn' .
5. Jeda (hentian di tengah-tengah baris)
CTH :
Banyak hari/ antara hari,
Tidak semulia/ hari Jumaat :
Banyak nabi/ antara nabi,Tidak semulia/ Nabi Muhammad.
Penegasan/ kesimpulan kecil : Jelaslah bahawa pantun di atas memiliki rima akhir pada
hentian di tengah-tengah baris yang berurutan iaitu 'iaia'
Ni je?kecewa Gile!(ノ`Д´)ノ彡┻━┻
ReplyDeletePersoalan/pemikiran mana?
ReplyDeleteanafora tu pengulangan kata pada awal baris lah!!!!!!!!!
ReplyDeleteKann
DeleteAsonansi lh brooo
ReplyDeleteBukan anafora
ReplyDeletetakkan ni je? bagi lah banyak sikit.........
ReplyDelete